Monday 27 May 2013



~TIPS IBU BAPA GENIUS~
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali
     menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang
    ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW....BACA LAGI
Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

1 comment:

  1. asslm, Puan di sini saya terpaut dengan apa yang di tuliskan dalam blog ini ia sungguh baik dan bagus untuk di jadikan pendoman. dalam pada itu saya ingin bertanyakan kepada Puan yang mana ada guru kelas lelaki dalam tahun dua(2) suka sangat memukul kepala murid dengan buku sekolah apa bila murid tidak dapat menjawab atau membaca sesuatu pelajaran yang di ajarkan adakah perkara ini kurang baik atau sememangnya ia perkara lumbarah pada guru-guru apa bila murid tidak boleh buat apa yang di suruh. alangkah baiknya jika murid yang lembab ini di ajar dengan cara yang betul dan sesuai kepada murid lembab ini supaya murid ini ada hati dan minat untuk meneruskan pembelanjaran dia. sememangnya tugas guru itu berat, saya tidak menafikan masalah guru kepada anak muridnya. saya memohon supaya perkara seperti memukul atau mengetuk kepada di berhentikan. guru sendiri bercakap memberitahu kepada muridnya supaya menjaga kepala jangan suka ketuk-ketuk kepala kerana kepala kita mempunyi otak untuk kita belajar dan berfikir jadi murid-murid ini ikut apa yang dikata oleh gurunya sehingga balik rumah mereka memberi tahu kepada ibubapa apa pentingnya kepala. saya menulis ini bukan untuk menyalahkan guru tetapi demi nama baik sekolah dan guru-guru yang budiman jangan sampai orang bercakap guru itu kurang ajar suka ketuk kepala murid ini kurang sedap untuk kita mendengarnya.
    terima kasih diucapkan atas kerjasama dan prihatin Puan untuk membaca tulisan saya ini. saya berharap apa yang sudah belaku ini menjadi iktibar kepada saya sekeluarga dan kita semua.. sekian terima kasih.

    ReplyDelete

Popular Posts